Majlis Hi Tea Seluhur Budi Sejambak Kenangan telah diadakan bagi meraikan mantan Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka iaitu
YB Datuk Seri Hj. Naim bin Abu Bakar dan YBhg Datin Seri Hjh Rafeah Hanim binti Hj. Johari yang telah bersara pada 28 Januari 2018.
Majlis Hi Tea ini telah diadakan di Ballroom 1 , Hotel Hatten dengan secara sederhana dan dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ketua-ketua
jabatan dan AJK PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka . Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai segala jasa yang telah disumbangkan dalam
meneraju PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dari Tahun Jun 2013 sehingga Januari 2018.