1) Siapakah yang layak untuk menjadi Ahli PUSPANITA?
J: Semua kakitangan dan isteri penjawat awam layak menjadi ahli
PUSPANITA
2) Berapakah had umur untuk menjadi ahli PUSPANITA?
J: Tiada had umur untuk menjadi ahli PUSPANITA
3) Berapakah yuran keahlian yang dikenakan?
J: Yuran yang dikenakan hanya RM2.00 seumur hidup untuk menjadi
Ahli PUSPANITA.
4) Apakah keistimewaan apabila menjadi Ahli PUSPANITA?
J: Antara keistimewaan menjadi ahli PUSPANITA adalah dapat :-
- menyumbang kepada Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Jabatan sebanyak 5% bagi aktiviti PUSPANITA yang disertai ;
- memohon dana tabung PUSPADARA bagi ahli yang menghidapi penyakit kanser payudara ;
- mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan penjawat awam di seluruh Malaysia.
5) Nyatakan cara pendaftaran untuk menjadi Ahli PUSPANITA sama ada secara ”Online” atau secara ”Manual”?
J: Untuk mendaftar menjadi ahli PUSPANITA adalah dengan memuat turun Borang Keahlian secara online di laman portal PUSPANITA
Kebangsaan (www.puspanita.org,my) atau di portal-portal PUSPANITA Cawangan Negeri dan Kementerian ataupun boleh mendapatkan borang
Keahlian terus daripada Jawatankuasa Keahlian bagi PUSPANITA Cawangan Negeri dan Kementerian.
6) Bagaimana cara untuk mendapatkan ”Uniform” PUSPANITA selepas menjadi ahli?
J: Untuk mendapatkan Uniform PUSPANITA boleh berhubung dengan Setiausaha atau Bendahari Cawangan Puspanita masing-masing.