jata melaka logo puspanita
Portal Rasmi
PUSPANITA
CAWANGAN
NEGERI MELAKA
kerawang
Arrow
Arrow
PlayPause
Slider

PROGRAM ZIARAH KEBAJIKAN PUSPANITA

Tarikh : 28 Januari 2018 (Ahad)

Tempat : Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia , Tengkera Melaka

 

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) menyalurkan sumbangan berjumlah RM25,000 dan barangan keperluan harian serta makanan kepada Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna pada program Ziarah Kebajikan PUSPANITA pada 28 Januari 2018.

Sumbangan berkenaan bagi membeli barangan keperluan untuk kegunaan 28 anak yatim dan kurang berkemampuan daripada keluarga kaum India berusia lima hingga 17 tahun yang ditempatkan di pertubuhan berkenaan di Tengkera di sini.

Cek sumbangan disampaikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa merangkap Penasihat PUSPANITA kepada Naib Pengerusi 1 Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna G. Balamurali dan turut dihadiri Yang Dipertua PUSPANITA Puan Sri Rohani Abdullah.

Pada program itu, Ali dan Rohani meluangkan masa hampir satu jam melawat rumah kebajikan berkenaan dan beramah mesra dengan penghuni dan pihak pengurusan pertubuhan berkenaan.

Terdahulu, Naib Pengerusi 2 pertubuhan berkenaan Dr A. Kumaran ketika berucap pada program tersebut berkata kedatangan PUSPANITA ke rumah kebajikan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada pertubuhan itu yang menjalankan aktiviti sosial dan amal sejak 1976.