jata melaka logo puspanita
Portal Rasmi
PUSPANITA
CAWANGAN
NEGERI MELAKA
kerawang
Arrow
Arrow
PlayPause
Slider

datin rohaya2

 

Assalammualaikum wbt

 

Ahli-ahli PUSPANITA yang dikasihi,

"Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita bertemu melalui portal rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka ini. Sebagai Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka yang telah memberi kerjasama, sumbangan bakti dan sokongan padu bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka yang dilaksanakan setiap tahun.

Penyediaan portal rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka ini adalah merupakan salah satu  inisiatif Biro Publisiti, ICT Dan Seranta PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk menyediakan satu platform perhubungan komunikasi di antara Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dan ahli-ahlinya.

Usaha-usaha bagi mengumpul maklumat untuk membangunkan portal rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka ini bukanlah mudah.Namun demikian di atas kerjasama dan sokongan  padu dari Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka maka Portal Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka ini dapat direalisasikan. Sumbangan dan kerjasama ikhlas sedemikian amat saya hargai dan diharap dapat diteruskan dan dipertingkat lagi untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Portal Rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka (https://puspanita.melaka.gov.my) ini merupakan satu titik tolak ke arah kita menyebarkan maklumat secara terus kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka disamping merapatkan hubungan dengan ahli-ahlinya melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Adalah menjadi harapan kita agar hasil usaha ini memberi manfaat kepada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka

Disamping itu, maklum balas dari ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka amat dialu-alukan demi untuk melancarkan lagi pelaksanaan aktiviti dan supaya penambahbaikan yang tepat dapat membantu perancangan dan pelaksanaan aktiviti dibuat sesuai dengan kehendak dan aspirasi semua peringkat ahli.

Saya menyeru kepada semua ahli supaya sama-sama menyumbang ke arah usaha meletak PUSPANITA sebagai salah satu persatuan wanita yang paling mantap dan progresif. Untuk mencapai objektif tersebut marilah kita sama-sama berusaha mempertingkatkan imej PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dan menjalankan tanggungjawab dan peranan dengan penuh dedikasi, jujur, cekap dan sistematik serta penuh integriti.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Bahagian  Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka di atas sumbangan idea, tenaga dan komitmen yang tinggi bagi mewujudkan Portal Rasmi  PUSPANITA Cawangan Negeri Melaka ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh.

 

*WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT*

(YBHG. DATIN SITI ROHAYA BINTI KAMALUDIN)